Tuesday 27 December 2011

Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah Bukan Sekadar Cinta..

Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.

Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''

Astaghfirullah..

Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'

Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.

Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'

Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.

Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun..


Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.

Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.

Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?

- Artikel iluvislam.com

Saturday 10 December 2011

~S.E.N.Y.U.M~


senyum la kalau nak sihat...
senyum la kalau nak sentiasa ceria..
senyum la kalau nak wajah berseri-seri sentiasa..
senyum kan ubat kepada kedukaan dan keresahan kita
senyum la sbg hadiah kpd yg memandang dan dipandang..
senyum kan sihat..orang kata..awet muda?! x nak cuba ke?
ye..betul..kita akan nampak lebih muda..cubalah!
x rugi..selain beri kebaikan kpd diri kita..tanpa kita sedar..
kita dah kumpul pahala la..
mudahnya!! :)



Thursday 29 September 2011

Setiap Saiz Ada Ukurannya....

"Setiap orang yang bergelar muslim punya tanggungjawab untuk berkhidmat kepada ummat, walaupun dengan sekecil-kecil kebaikan. Memberi itu adalah pada kadar kemampuan masing-masing, tidak perlu melihat langit yang tinggi sehingga terlupa bumi yang dipijak."

Ya. Begitulah bunyinya. Bagaimana pula kefahamannya?

Para pemimpin dan tokoh berpengaruh, peranan mereka umpama memikul bukit yang besar. Tanggungjawab mereka lebih besar ke atas ummat ini. Suara mereka suatu kelebihan untuk didengar dan diikuti. Da'wah mereka suatu da'wah yang lebih hampir di hati. Suatu kerugian jika anda seorang yang berpengaruh dan anda ada suara yang didengari ramai, tetapi anda menggunakannya pada jalan yang tidak sepatutnya.

Alangkah ruginya jika anda seorang bos, tetapi anda membiarkan staff-staff anda tidak bersolat jema'ah. Sedangkan anda mampu menyediakan suatu ruang solat di syarikat anda, dan anda pula mengimami solat mereka. Bukankah solat berjemah itu pemangkin produktiviti?

Alangkah ruginya jika anda seorang menteri agama, tetapi anda tidak berusaha mendedahkan ummat ini kepada ajaran Islam yang sebenar dan menyatukan mereka semua bawah satu kalimah. Ummatan wasatan (أمة وسطا – ummat bersederhana / pertengahan) yang dicanang-canang tu bukanlah ummat yang berendah diri atau lemah bersederhana dalam berkomunikasi dan tindakan, tetapi ummat gagasan al-Quran itu adalah ummat yang kuat jati diri dan tinggi kemahuan mereka untuk melihat Islam menjadi ajaran yang dipraktikkan dalam komuniti setiap pelusuk dunia.

Jika anda seorang pelajar pula, bersabarlah, tugas anda tidak sampai ke tahap menasihati pemerintah yang zalim lagi. Semangat muda memang membara, tetapi seringkali ramai yang mengabaikan tanggungjawab sebenar mereka terhadap diri, ibu bapa, dan agama mereka – belajar. Belajar dengan sebenar-benar makna belajar. Menuntut ilmu.

Itulah tugas sebenar seorang pelajar kepada ummat. Tidak perlu sibuk berpolitik lagi kerana telah ada mereka yang memperjuangkannya sementara menunggu anda menggantikan mereka. Mereka juga mengharapkan anda mencedok sebanyak mana ilmu yang ada sebelum benar-benar terjun ke perjuangan sebenar yang lebih banyak tipu daya dan dugaannya.

Bagaimana kita mahu mencorak ummat ini jika pena yang kita bawa itu berkarat tak berdakwat?

Cuba anda fikir, jika anda gagal dalam menuntut ilmu, mampukah anda meneruskan perjuangan menegakkan Islam yang lebih besar? Silap haribulan, andalah yang akan menggagalkan perjuangan tersebut!

Seterusnya, jika anda seorang peniaga pula, ada ruang di sana untuk anda membantu ummat ini. Sumbangan anda tidak hanya terhad pada menyumbang wang ringgit kepada fakir miskin sahaja. Mungkin ada yang tidak mampu. Namun, anda boleh menyumbang kepada ummat ini dengan mengamalkan prinsip jual beli yang diajar dalam Islam. Jangan memberi atau mengambil riba. Mencukupkan timbangan. Tidak menipu dalam muamalat. Bersedekah.

Insyaallah jika semua konsep muamalat Islam itu dipraktikkan, ekonomi ummat ini akan turut kukuh dengan izinNya. Jauhi konsep konvensional yang nampak gah diluarnya, tapi lompong di dalam.

Begitulah seterusnya.

Setiap orang ada tahap dan kemampuannya untuk menyumbang. Ada kadarnya dalam berkhidmat kepada ummat. Yang kecil menyumbang sekadar mampunya, yang besar menyumbang semampu-mampunya!

-Artikel iluvislam.com



Bersediakah Anda Menjadi Suami????

Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.

Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.

Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.

Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini..

KEPIMPINAN

Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai

pemimpin ke atas keluarganya.

Allah berfirman :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan." - [al-Nisa' 4:34]

Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas.

Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah

pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.

Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin.

Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.


Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.

KETEGASAN

Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.

Allah mengingatkan:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - 
[al-Taghabun 64:14]

Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka.

PEMELIHARA DARI API NERAKA

Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.

Firman Allah :
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." - [al-Tahrim 66:06]

Justeru anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikannya. Lebih penting, anda hendaklah paling kehadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut. Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga mendirikan solat tetapi anda tidak solat, jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan aurat.

Allah memberi amaran:"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." - [al-Saff 61:2-3]
MEMBERI NAFKAH

Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.

Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.

Allah berfirman :
"Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)." - [al-Thalaq 65:07]

Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.

Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya.

Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.

- Artikel iluvislam.com -













Monday 1 August 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan .

"Allahumma Ballighna Ramadhan.
Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban,
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Beberapa hari lagi menjelang, tibalah bulan Ramadhan.
Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan?
Ini yang perlu kita teliti dan fahami.
Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan
yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.
Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.
Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan. Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya.

Di kala zaman Rasulullah seorang sahabat bertanya :
"Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?".
Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja,
apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya".
(Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)
Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknya sering lalai dan lupa. Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa.
Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini. Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan. Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan.
Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan.
Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat
Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.
Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan? 
Di mana keindahan nya? Adakah ia terletak pada makanan.
Atau ganjaran pahalanya? Ayuh kita fikirkan bersama.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.
Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti.
Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja? Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya, bukan? Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita.
Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman.
Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan.
Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan
terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.
Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.
Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian,
zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.
Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman.
Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik.
Janganlah kalian berasa hairan kerana ia
bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.
Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur.
Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti
kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar,
sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai.

Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut,
dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat.
Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan.
Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.

Berpuasa Bersungguh-sungguh

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Setiap amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan
digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa.

Kelebihan Puasa

Allah berkata; 'Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya.
Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'.
Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan
ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti.
Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa
lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi".
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya,
akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu". 
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

~Diadaptasi dari iluvislam~




RaMaDaN TeRiNdAH

Jika aku terbang di angkasa,
Kulihat bumi nan indah,
Hijau itu daratan,
Biru itu lautan.

Aku leka dibuai keindahan,
Alam ciptaan Tuhan,
Yang satu,
Yang Esa,

Yang Maha Kuasa.
Andai kata biru itu pahala,
Hijau pula dosa,
Mampukah lautan menutupi daratan.

Andai kata pula hijau itu pahala,
Biru tu dosa,
Mampukah daratan mengambusi lautan.

Kulihat kelangit,
Biru!

Kurenung daratan,
Hijau!

Syurga atau neraka,
Di manakah aku?
Risau dan gelisah,
Resah taubat tak diendah.

Tangan ditadah,
Dahi ke tanah,
Hati pasrah.

Terawikh,
Tasbih,
Tahajjud,
Taubat,
Buat Ramadhan terindah..

~Diadaptasi dari iluvislam~

Saturday 18 June 2011

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?



Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun.
Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang.
Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan,
ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".
Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu,jangan sekali bermain dengan perasaan.
Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta.
Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita?
untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan?
Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak.
Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti.
Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka.
Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta .Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak;
mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka,
di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

-Artikel Iluvislam.com

Sunday 15 May 2011

Ikhlas ke??

Ramai di antara kita, suka menolong orang lain.
Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai.
"Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar.
Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang?
Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan,
tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa.
Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan.
Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi.
Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi?
Ataukah mungkin kita yang TIDAK MEMBERI SEPENUH HATI?
Mungkin ramai yang tidak suka dengan kenyataan di atas,
namun tidak salah kalau kita sama-sama fikirkan, mungkin ada kebenarannya.
Ayuh kita lihat kembali pertolongan-pertolongan yang kita dah berikan kepada sahabat atau saudara kita.
Apabila kita memberi, adakah kita kecewa apabila tiada ucapan terima kasih sebagai balasan?
Apabila kita membantu, adakah kita mengharapkan
mereka akan kembali membantu apabila kita dalam kesusahan?
Apabila kita menolong, adakah kita sakit hati apabila kita tidak lagi dihiraukan selepas mereka senang?
Apabila kita menghulur, adakah kita tak senang duduk apabila tiada penghargaan diberikan?
Apabila kita membuat kebaikan, adakah kita selalu mengungkit kebaikan yang telah dilakukan?
Apabila kita membuat kebajikan, adakah kita rasa seolah-olah mahu dihebohkan kepada semua orang kebajikan yang telah kita laksanakan?
Kalau semua persoalan di atas jawapannya adalah ada, mungkinkah kita belum lagi memiliki sifat Ikhlas? Kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah meminta untuk dibalas.
Setuju atau tidak dengan kenyataan ini?
Apabila kita menolong binatang, kita menjadi lebih ikhlas daripada menolong manusia.
Kenapa? Kerana kita tahu binatang tidak dapat membalas kebaikan kita, oleh sebab itu, kita menolong mereka tanpa mengharapkan ucapan terima kasih, puji-pujian, atau sebagainya.
Maka, kita tidak boleh mengharapkan balasan?
Bukankah kita telah menolong mereka dengan ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan?
Sebelum tu, mari kita semak.
Harta kita yang kita guna untuk bantu sahabat dan saudara kita, milik siapa?
Tangan kita yang kita hulur untuk tolong mereka, milik siapa?
Kaki kita yang kita guna untuk permudahkan urusan mereka, milik siapa?
Telinga kita yang kita guna untuk dengar permasalahan mereka, milik siapa?
Mulut kita yang kita guna untuk memberi nasihat kepada mereka, milik siapa?
Mata kita yang kita guna untuk melihat penderitaan mereka, milik siapa?
Akal kita yang kita guna untuk fikirkan alternatif masalah mereka, milik siapa?
Kekuatan kita untuk mendengar, melihat, bercakap dan bergerak, milik siapa?
Ilham kita untuk menyelesaikan masalah mereka, milik siapa?
SEMUANYA MILIK ALLAH!
Bukankah begitu?
Andai semua itu bukan milik kita, maka kita tidak berhak untuk menagih pembalasan darinya.
Bagaimana mungkin kita berani meminta balasan, sedangkan tiada satu pun milik kita yang mutlak. Harta, kekuatan, ilham.. semua itu milik Tuhan. Jadi yang selayaknya dapat pengiktirafan selepas diberi bantuan, adalah Allah, Tuhan semesta alam.
Seharusnya, kita tidak ada apa-apa untuk dikeluh kesahkan.
Tiada istilah kecewa ataupun sakit hati sekiranya dilupakan selepas memberi bantuan kerana hakikat sebenarnya bukan kita yang membantu, bahkan Allah yang melakukannya.
Jadi, kita ni sebagai apa? Sebagai ASBAB.
Sebagaimana ubat itu asbab kesembuhan, kita pula asbab penyelesaian masalah mereka, dan apabila kita sendiri ditimpa masalah, rakan dan saudara menjadi asbab kepada kita pula. Cantik aturan Tuhan kan?
Jadi, apa yang kita dapat? Sepatutnya tidak ada apa-apa yang kita dapat kerana semuanya dari Allah.
Tetapi, betapa maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Rupanya bukan saja-saja Dia jadikan kita sebagai asbab, rupa-rupanya Dia mahu memenuhkan akaun simpanan kebaikan kita.
Walaupun semuanya dari Allah, tetapi kita yang tidak berbuat apa-apa kerana tidak memiliki apa-apa ini masih lagi dapat hadiah Hadiah lumayan dari Allah.

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" 
[Al-Zalzalah:7]
Tengok, kita tidak memberi apa-apa, tetapi Allah memberi PAHALA kepada kita. Mudah sahaja formulanya. Beri dengan IKHLAS, tunggu Allah balas.
Jadi sebenarnya, Allah ilhamkan kita kekuatan untuk membantu orang lain,
kerana Allah mahu membantu kita mempertingkatkan amal kita. Subhanallah.
Jadi, perlukah ada rasa kecewa selepas menghulurkan bantuan? Perlukah diharapkan balasan dari manusia, sedangkan ganjaran dari Allah lebih berharga dan istimewa?
Siapa kita mahu merebut penghargaan itu, sedangkan pemilik sebenarnya adalah Allah?
Andai masih ada perasaan kecewa, sakit hati dan geram,
petua untuk mengubatinya mudah sahaja.
Tanya diri sendiri, layakkah nak harapkan sesuatu yang bukan milik kita?
Ingat firman Allah:

"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? 
Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya."
[Al-Kahfi:103-104]

Ayuh, memberi dengan IKHLAS, tanpa minta DIBALAS.
Wassalam.

- Artikel iLuvislam.com

Saturday 14 May 2011

8 Jenis Solat Orang Islam Zaman Sekarang

1-Solat ikut-ikutan.
Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli, solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.
Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh Allah SWT di Akhirat kelak.

2-Solat ikut mood.
Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas menunaikan solat. Kebanyakkan umat Islam zaman sekarang solat sebegini, mereka solat mereka juga buat dosa, mereka solat mereka buka aurat dan berpakaian seksi, mereka solat mereka turut berzina dan minum arak serta berjudi, mereka solat mereka juga pakai gelang kaki, mereka solat mereka juga hisap dadah. Bagi mereka solat perkara biasa dan buat maksiat juga perkara biasa, mereka tidak jadikan Sunnah Rasulullah SAW sebagi panduan tetapi mereka jadikan Allah SWT sebagai patung yang bertugas sebagai pengampun dosa mereka, mereka hanya beriman kepada Al-Quran beberapa ayat sahaja, diantaranya ” Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang, maka mereka berpeluang melakukan apa sahaja perkara durjana dan ” Allah SWT tetap mengampunkan dosa kecuali dosa syirik ” oleh yang demikian pada anggapan mereka, mereka tidak pernah melakukan syirik pada hal kehidupan mereka sentiasa dipenuhi dosa syirik khafi, yang mana pada hakikat sebenarnya, mereka telah melakukan syirik besar tanpa mereka sedari.

3-Solat orang yang lalai.
Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak mencintai Bahasa Allah SWT, mereka jadikan Bahasa Allah SWT sebagai bahasa arab, sedangkan mereka tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan Bahasa Arab. Bahasa Al-Quran yang Allah SWT turunkan dalam Al-Quran Al-Karim adalah Istilah-Istilah yang amat tinggi yang perlu dikupas dengan kupasan atau tafsir atau penerangan melalui hadis. Jika seseorang dapat mengamati Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim pasti orang tersebut tidak akan lalai di dalam solat kerana orang tersebut sedang mengungkap Bahasa Allah SWT bukan Bahasa arab.

Orang yang memahami Bahasa Allah SWT akan menjadikan dirinya kagum dan suci semasa melafazkan setiap huruf-huruf Al-Quran Al-Karim. Jasad dan Rohnya akan berintreraksi dengan Allah SWT semasa solat. Solat orang sebegini tidak akan lalai tetapi solat orang yang lalai adalah solat yang mereka kerjakan sebagai adat budaya bangsa mereka dan sebagai pesta ibadat kepada Allah SWT yang bercampur dengan berbagai Misi dan Visi.

4- Solat Awam.
Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab, tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan berkaitan dengan solat. Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka tidak akan solat jika tidak dibalas dengan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka akan mempertikaikan janji Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim. Mereka masih merasakan mereka lebih besar daripada Allah SWT dan mampu mendakwa dan memerintah Allah SWT untuk melaksanakan segala janji-janji Allah SWT kepada mereka.

5-Solat orang yang kurang khusyuk.
Golongan ini mampu mencapai khusyuk didalam solat tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun kadang-kala khusyuk. Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia diluar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya tidak putus dengan urusan dunia.
Golongan ini masih lemah iman dan masih bertuhankan hawa nafsu pada hakikatnya. Golongan ini masih memerlukan Mujahadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

6- Solat Orang Soleh.
Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz-lafaz Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim, hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah SWT. urusan dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah SWT. Kekayaan dunia dan pangkat yang dimilikinya di luar solat tidak akan menjauhkan dirinya daripada Rumah Allah SWT. Malah Pangkat dan Kekayaan dunia yang dimilikinya makin mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Hati dan lidahnya sentiasa memuji Kebesaran Allah SWT sehingga Allah SWT menggelarkan mereka dengan gelaran ” Al-Abrar atau Ashabul Yamin “.

7-Solat Golongan Al-Muqarrabin.
Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat amatlah Indah. Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat, sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar solat.

Solat adalah peluang terbaik untuk mereka memuja Allah SWT, mereka hanya memuja Allah SWT. Mereka tidak memuja dunia, pangkat dan wanita, setiap pekerjaan dunia mereka, merek akan olahkan menjadi syariat dan satu kefardhuan atau kewajipan yang mesti selaras dengan kehendak Allah SWT. Tiada politik kepentingan peribadi dan tiada menjadikan Islam dan Allah SWT sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli. Segala-galanya daripada Allah SWT dam mesti dikembalikan kepada Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah tidak layak memiliki sesuatu kerana segala-galanya adalah milik allah SWT.
Golongan ini Allah SWT anugerahkan pangkat ” Al-Muqarrabin “.

8-Solat Golongan As-Siddiq.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT. Solat adalah talian hayat hidup mereka. Semua kandungan hikmah didalam solat dizahirkan kealam fana. Unsur puasa didalam solat, unsur khusyuk, unsur kesucian, unsur pemujaan dan sebaginya dilahirkan atau dizahirkan didalam kehidupan seharian.Akhlak semasa solat adalah sama Akhlaknya diluar solat. Hati mereka sentiasa sejuk dan tenang. Segala kesakitan dan penderitaan akan hilang apabila dia mengadap Allah SWT atau semasa solat.

Segala ilmu dan teknologi yang manusia harapkan adalah milik mereka. Segala tindakan makhluk tidak akan memberi apa-apa kesan dalam kehidupannya. Sesungguhnya mereka telah mewakilkan Allah SWT dalam semua urusan, sama ada urusan dunia mahupun urusan Akhirat.

Mereka adalah Golongan yandaripada Allah SWT dengan gelaran ” As-Siddiq “.

Tuesday 10 May 2011

Cara Mengatasi Marah Dalam Islam



Marah adalah satu emosi yang terdapat di dalam diri semua manusia termasuk Nabi-Nabi dahulu. 
Sifat marah ini kadang-kadang dapat mengubah diri kita menjadi seseorang yang kita sendiri pun tidak suka.

Adakah anda tahu bahawa Nabi SAW tidak pernah menengking atau memaki umat-umatnya? 
Ini adalah kerana dia menghilangkan marahnya dengan sifatnya yang sabar dan tawakal.
Di bawah adalah cara untuk menghilangkan sifat marah jika terjadi pada diri kita.

1 - Ubah Posisi Kedudukan Anda

Rasulullah SAW bersabda: 
"Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri,
maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, 
maka hendaklah ia berbaring."
(Riwayat Muslim)

2 - Berwuduk

Rasulullah SAW bersabda: 
"Marah itu datangnya daripada syaitan, 
dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. 
Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." 
(Hadis Riwayat Abi Daud)

3 - Minum air.
4 - Mendiamkan diri ketika marah.
5 - Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6 - Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat sesuai.
7 - Sentiasa Berfikiran positif.
8 - Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9 - Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10 - Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan. 
 
~Dipetik dari blog Mr.Azam untuk renungan dan pedoman bersama. 
Sama-sama kita baca dan jadikan amalan harian kita bersama. Insya-Allah.~
 
~Senyumlah selalu~

~Cara Solat Sunat Taubat~


ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.”
(At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:
Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah.
Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi,
iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan.
Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman,
ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya,
maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok,
dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah
jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur.
Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia.
Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai.
Hari terputusnya segala nikmat.
Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri,
dapat mengalirkan air mata kesedihan,
apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.”
(Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk
dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. 
  • Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

    027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa 
dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat



15 Cara Untuk Mengembangkan Rasa dan Sifat Sabar


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan 
serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara 
    ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda 
    terluka dan  berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul 
    dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa
    Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan 
kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya 
   mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju 
dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. 
   Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. 
Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness)
dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau
     tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam 
      hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan 
     akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.


Senyuman Hari ini..

 
Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari.




~Diadaptasi dari iluvislam~

~Sekeping Hati~


Seketul daging. Terisi di dalamnya dengan seribu perasaan yang kadang-kadang sukar untuk diertikan. Manusia.. Ramai yang lemah kerananya. Memilikinya tanpa sedar akan pengaruhnya. Kenapa ramai yang suka menjadi hambanya? Menurut segala kemahuannya tanpa bertanya pada akal yang lebih sempurna.
Hati. Segalanya bermula di situ. Hati yang penuh dengan kasih dan sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cintakan kedamaian, hati yang sentiasa inginkan kepuasan.
Cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada ketulusan hatinya.
Betapa sukar untuk menjaga sekeping hati... Pernah kita menjaga hati dengan sebaiknya? Atau kita sering mencacatkan hati dengan kerakusan hawa nafsu semata? Manusia mampu mencipta nama segah mungkin. Mampu melakar rangkaian teknologi yang canggih. Mampu merungkai rahsia alam yang sukar untuk ditembusi. Namun mengapa manusia ini khilaf dalam menjaga sekeping hati nan suci?
Hati seringkali dipenuhi dengan hasad dan dengki, benci dan dendam yang tidak terperi sehingga mampu mempengaruhi tangan dan kaki bergerak, berfungsi tanpa mengikut rentak akal yang diberi.
Mengapa sanggup membiarkan hati yang penuh dengan amarah ini
menyentuh sekeping hati yang penuh dengan ketulusan kasih sayang yang suci?
Puaskah hatimu mencerobohi kamar hati dengan kerakusan hawa nafsu sendiri? Puaskah?
Kerana hati, ramai yang tersungkur, rebah menjadi hamba duniawi. Apabila diri dipuji-puji, hati kembang tidak terperi. Mencipta keangkuhan dalam hati dan merasakan akulah yang terhebat di muka bumi ini. Melayarkan sayap kesombongan sehingga terlupa untuk berpijak di bumi.
Lupa pada erti kesyukuran atas nikmat yang telah Allah pinjamkan. Hanya kerana rentetan hati yang teruji dengan pujian yang menggunung tinggi. Apabila ditegur akan kesilapan diri, dengan angkuh dan sombongnya menolak kritikan sehingga menampakkan kekejian di hati. Tertawalah si Syaitan dan Iblis kerana berjaya menghunuskan pedangnya di hati manusia yang 'mati' dari cahaya Illahi. Tidakkah kita sedar semua ini?
Ada segelintir manusia yang merasakan dirinya sudah cukup hebat di sisi Ya Rabb.
Solatnya, zikirnya, ibadahnya dirasakan sungguh cukup sempurna
dan mampu melintasi titian sirat dengan mudah. Sehingga menciptakan segelumit rasa bangga
di dalam hatinya kerana menyangka diri tergolong dalam golongan mukmin. Jangan!
Jangan pernah berprasangka seperti ini kerana hati manusia sangat rapuh. Sangat-sangat rapuh.
Allah mengetahui sejauh mana keikhlasan hamba-Nya dalam mencari cahaya cinta-Nya.
Rasulullaah S.A.W sendiri yang sentiasa dilindungi Allah, yang telah dijanjikan Allah syurga Firdausi
tidak pernah walau sedetik pun meninggi diri memperkatakan amalan yang dilakukan sehari-hari.
Malahan Nabi kita ini beribadah sehingga bengkak kaki Baginda hanya untuk menuntut takwa dan kasih sayang Allah S.W.T. Maka, mengapa kita yang hanya hamba-Nya yang sangat-sangat kerdil merasa bongkak dan angkuh seperti itu? Adakah kita akan merasa aman kerana secara zahirnya kita soleh tetapi
hati kita sebenarnya terselingkuh di kemudian hari? Tidakkah kita takut dengan amaran Allah?
Dari sekeping hati yang suci mampu berubah menjadi onar dan duri. Hati pada asalnya penuh dengan kelembutan dan kasih sayang agar kita saling menyayangi dan melindungi sesama sendiri
tetapi apa yang telah terjadi pada detik ini? Kerana dendam kita bermusuhan.
Kerana dengki kita mencipta pergaduhan. Kerana marah, kita sanggup meleraikan persahabatan.
Rosak binasalah hati akhirnya membawa kemusnahan pada diri sendiri.
Inilah persoalan yang membungkam pemikiran hati ini.
Perihal penyakit hati yang semakin meruncing yang menggugat keimanan dan melunturkan ketakwaan.
Ukhuwah yang terjalin terlerai hanya kerana terpedaya
dengan bisikan hati yang sentiasa di cucuk dengan hasutan Iblis.
Jangan gunakan kebencian dan kedengkian kerana apa pun kebaikan akan bernilai negatif di mata para pendengki. Jangan dibiarkan hati terus bernanah, membusuk sehingga kebusukan itu dapat
dihidu oleh orang lain. Didiklah, tuntunilah hati ini dengan madah dan kata Allah.
Bersihkan hati ini dari kata yang kelam lagi suram. Jauhkanlah hati dari nafsu dan dendam.
Dikhuatiri kita terus hanyut dalam jalan yang suram sedangkan jalan yang terang luas terbentang tidak dapat dilihat hanya kerana hati yang hitam penuh kegelapan. Semoga kita terlindung dari kekejian hati. Amin.
Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, 
apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. 
Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. 
[HR Bukhari dan Muslim]

~Diadapatasi dari iluvislam~

Monday 9 May 2011

Mengapa Masakan Ibu Paling Sedap???


Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu,
air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu?
Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal
dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'.
Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.
Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi'
kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.
Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.
Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan.
Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar.
Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia.
Seorang yang paling kasihkan Allah,
dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.
Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat
merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya:

"Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang darikamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."

~Diadaptasi dari iluvislam oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi~

Fitrah Setiap Kelahiran


Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan berguna. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan tetapi bukti kekuasaan Allah. Anak anugerah Allah yang amat istimewa bagi suami isteri dalam kehidupan berumahtangga. Malah, setiap pasangan berkeluarga memang impikan anak untuk menyerikan institusi rumah tangga mereka. Itu sudah menjadi satu keinginan semula jadi yang Allah ciptakan dalam sudut hati setiap manusia.


Fitrah Yang Suci

Islam tidak pernah mengatakan ada dosa yang dibawa oleh bayi sejak lahir walaupun anak itu adalah anak luar nikah. Ini kerana setiap bayi dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa. Akan tetapi, dalam Islam dosa itu mula mencemari kesucian hati seseorang apabila dia meninggalkan perintah Allah dan melanggar segala larangan-Nya. Perlu ditegaskan, kelahiran seorang anak yang diharap akan menyambung warisan kekeluargaan sebenarnya mengungkap banyak makna dan pengertian yang tersurat sebagai bahan renungan untuk menginsafkan kita sebagai hamba Allah.
Pertamanya, kelahiran anak sudah memadai sebagai bukti paling mudah mengisyaratkan kekuasaan dan keagungan Allah mengatasi segala-galanya di alam maya ini. Sebelum lahirnya anak itu melalui pelbagai peringkat yang berbeza di alam rahim selama sembilan bulan 10 hari sehingga tercipta seorang manusia yang sempurna kejadiannya.


Semua itu diceritakan Allah dalam firman-Nya:


لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
 (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya."
- [Surah Al-Tin 95: Ayat ke 4]

Namun, di sebalik kesempurnaan sifat manusia sebenarnya daif dan kerdil kerana sentiasa bergantung
harap kepada Allah. Oleh sebab itulah, setiap insan diwajibnya beriman kepada
Allah untuk menikmati kesejahteraan di dunia dan akhirat di bawah keredaan Ilahi.
Kedua, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa. Justeru,
lahirnya seorang anak bukannya sebagai satu keseronokan hidup atau satu bebanan
yang tidak tertanggung. Sebaliknya, anak adalah ujian Allah kepada ibu bapa.


وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَآ أَمۡوَٲلُڪُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥۤ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar."- [Surah Al-Anfal 8: Ayat ke 28]
 
Setiap ibu bapa berkewajipan mendidik dan mengasuh anaknya. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini jumlah bayi dilahirkan akibat perzinaan terus meningkat dan lebih menyedihkan,
ada antara mereka dibuang dan didera sehingga menemui ajal.
Maka, tidak hairan Al-Sheikh Muhammad Qutb menganggap peristiwa berlaku
dalam masyarakat Islam mutakhir ini ibarat kembali kepada zaman jahiliah terdahulu
yang sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka kerana tidak sanggup menanggung malu.
Jadi tidak ada bezanya sama sekali antara perbuatan menanam bayi dan membuang anak dengan niat membunuh kerana kedua-dua perbuatan itu dilarang Allah.
Perlu diinsafi, mendidik dan mengasuh anak termasuk dalam ibadah kerana setiap
ibu bapa akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dilakukan anaknya.
Lebih-lebih lagi anak itu umpama helaian kertas putih yang belum diwarnai dan dicorakkan lagi.


"Maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya berdasarkan cita rasa masing-masing. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." - [Hadis riwayat Bukhari]
 
Anak sebagai amanah Allah perlu diberi perhatian supaya mereka menjadi
insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Alangkah beruntungnya ibu bapa memiliki anak soleh yang doanya berterusan kepada kedua ibu bapanya. 


Sebenarnya dalam Islam seorang anak adalah penawar kepada ibu bapanya terutama semasa tuanya. Jadi, ibu bapa tidak perlukan wang anak-anaknya apatah lagi kalau anak-anak mereka itu miskin. Tetapi yang diperlukan ialah kasih sayang dan belaian daripada anak-anak. Sesungguhnya anak yang membelanjakan wang pendapatannya untuk membeli ubatan dan makanan untuk ibu bapanya, sesuatu yang baik dan seharusnya dikekalkan, tetapi mereka juga perlu pulang untuk melihat wajah ibu bapa.
Tatapan wajah antara anak dan ibu bapa boleh mengurangkan sebahagian penderitaan rindu mereka.
Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai ibu bapa di kampung apatah lagi yang sakit, eloklah pulang melihat wajah mereka. Jika anak pernah terasa hati terhadap ibu bapa, lupakan dahulu dan kalau perlu maafkan mereka berdua. Sikap anak dalam keadaan itu akan menyembuhkan sakit yang dialami oleh kedua-duanya.
Menyedari keadaan ini, mana-mana anak yang tidak mendapat didikan yang betul sehingga mereka tersesat, harus kembali ke pangkal jalan. Tidak perlu salahkan ibu bapa, sebaliknya bertaubat kepada Allah. Kesedaran anak ini sekaligus dapat menginsafkan ibu bapa mereka.
Sebenarnya berdasarkan huraian di atas, maksud fitrah ialah agama Islam, yang
setiap anak-anak yang dilahirkan "rohnya" telah mengiktiraf Allah sebagai tuhannya.
Jika umat Islam menyedari kedudukan ini sudah pasti ibu bapa tidak akan mengkhianati
amanah Allah itu. Sudah tentu dia akan mendidik anaknya mengikut panduan
Islam supaya keislaman anaknya sejak kecil itu tidak dirosakkan.




Aset Yang Sangat Bernilai Untuk Mendoakan Kita Setelah Mati


Anak-anak merupakan aset yang tidak ternilai sekaligus amanah kepada ibu bapa.
Kadangkala, gelap atau cerahnya masa depan anak-anak menjadi
ukuran kepada kejayaan sesebuah rumahtangga.
yang pastinya, setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Percayalah, anak-anak yang mendapat didikan sebegini
tidak akan menganggap ibu bapa sebagai aset yang penting.
Oleh sebab itu mereka boleh kirim wang untuk ibu bapa terutama semasa mereka sakit,
tetapi mereka tidak sanggup pulang melihat kedua-duanya di kampung.
Sungguhpun begitu, anak-anak tersebut tidak boleh disalahkan kerana mereka tidak pernah diajar erti kasih sayang oleh ibu bapa. Tatkala anak-anak dibesarkan, ibu bapa tidak mendidik mereka supaya tahu menghormati perasaan orang lain, apatah lagi ibu bapanya.


Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa (bayi) kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 5


~Diadaptasi dari iluvislam~

~Terima Kasih Ibu~


Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.

Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malan yang indah,
Kau selalu memberi ketengang dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.

Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.

Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.

Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu  masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang ibu",
"Terima Kasih Ibu".

Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,

Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,

Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."

- Diadaptasi dari  Artikel iluvislam.com

Thursday 5 May 2011

~~~Perkataan Syukur Yang Dilupai ~~~


Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang


Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa


Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian


Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman


Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar


Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
 ~Terima Kasih Ya Allah~


Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi,
adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam?
Adakah hidupnya mengikut cara Islam?
Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya?
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah..
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta..
adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah?
Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala?
Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas),
tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..
Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.


"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)


Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah
yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah,
nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..
kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut,
"Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui.
Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar,
Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita?
Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..


~Diadptasi dari iluvislam~

Mengapakah Ibumu Menangis?



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis.
Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; 
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya 
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu?
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.


~Diadaptasi dari iluvislam~