Wednesday 31 October 2012

 Marah itu mudah, sabar itu Indah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh..

Bukan mudah untuk mengawal marah kita bila sudah sampai ke had kemarahannya..walau apa jua yang berlaku kita perlu mantapkan iman untuk terus bersabar dan bersabar..jangan sesekali kita lemah dengan ujian yang Allah berikan.. Kita diuji kerana Allah yakin kita mampu untuk menghadapi segala dugaan dan ujian yang diberi oleh-Nya..marilah kita sama-sama kuatkan hati kita untuk terus bersabar dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian dari Allah ini.. jangan mudah tewas dengan segala bisikan syaitan yang durjana.. kita kuat...ingat selalu yang Marah itu memang mudah.. tetapi, Sabar itu lebih Indah... (^___^)..


Wednesday 8 August 2012

Anugerah Dari Yang Maha Esa


"...sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. 
Manakala lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..." 
 (Surah An-Nur ayat 26)

Seperti potongan ayat di atas , jelas menerangkan bahawa seseorang perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik . Manakala , lelaki yang baik juga adalah untuk perempuan yang baik . begitulah sebaliknya . sesungguhnya Allah itu Maha Adil . Dia telah menciptakan kita lengkap dengan pasangan masing-masing . Sedari kecil lagi sejak kita dilahirkan , ibu yang menjaga kita , menyusukan kita , melayan kerenah manja n nakal kita . sehinggalah kita dewasa dan mempunyai hak untuk memilih pasangan hidup kita. kita diberikan seorang suami yang akan menjaga kita pula setelah kedua ibu bapa kita. kini tugas dan tanggungjawab kedua ibu bapa kita akan digalas oleh suami kita pula. Sungguh Allah itu Maha penyayang n Maha Adil. Sehinggakan kita dewasa pun kita masih dijaga dan dipelihara Allah. Besarnya Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Pernah tak kita bersyukur kepada Allah ?? tepuk dada tanya la hati. Jawapan dari persoalan itu ada dalam hati kita. Wallahu'alam.


Monday 16 April 2012

Cinta Itu Anugerah Dari ALLAH SWT

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..


"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, 
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." 
[Imam Nawawi]